Ahad, 24 Julai 2011

DIDN'T MEAN I'M LOST

Assalamualaikum.
Hum. Hari ni tak tahu la nak post pasal apa. Ha Ha Ha. Hari ni hari yang agak bangang la jugak. Ni semua gara-gara aku yang semangat gila Ba Alip Ba Ya gelenjat nak pergi meeting PROSTAR. By the way, what is PROSTAR? PROSTAR stand for what? PROSTAR tu, Program Untuk Remaja Sihat dan Presiden PROSTAR di kolej aku pun sihat juga. Hi Hi Hi. Kenapa tiba-tiba datang angin rajin aku? Sebab classmate aku ada inform siapa yang pergi meeting kali ni, peluang nak ke bukit apa entah yang orang selalu tengok anak bulan tu. Al-maklum la kan, bulan puasa dah nak dekat. So, apa yang dia inform tu, course of la aku percaya 100% even selama ni aku dah pernah cakap depan satu kelas yang cakap classmate aku yang seorang ni memang langsung tak boleh percaya. Dia punya gurau tu lain sikit. Di pendekkan cerita, aku pun sanggup la tunggu sejam bersama dengan sahabatku yang setia iaitu Eda dan Kanda Q. Tunggu punya tunggu, aku dah nampak dah batang hidung mantan presiden. Tak lama kemudian, datang la ahli-ahli lain sedikit demi sedikit. Aku pula duk tunggu classmate aku yang macam haram J tu. AKu send mesej kat class rep pun tak balas. Ish! Dah berbau macam kena kelentong dah. Tak pe, aku tunggu lagi. Tak lama lepas tu, datang la classmate aku ni dengan geng-geng BLUE nya. [Orang dapat tiket tengok Chelsea VS Malaysia FREE]. Semangat la konon lepas meeting nak pergi tengok bola. bawak kain ikat kepala bagai. Tak lama lepas tu, meeting pun start. Presiden pun mula bertitah. Katanya, meeting kali ni khas untuk AJK sahaja. PERGH! Memang J la kau *&z$#! Even aku marah campur malu, aku still gelak-gelak lagi. Ha Ha Ha. Aku memang macam ni. Presiden pun kata, tak mengapa la yang lain pun datang. Masih ada jawatan yang kosong. Aku dengan sahabat-sahabatku pun, mulakan serangan. Calonkan nama classmate aku sebagai AJK. Biar kena buat kerja. Padan muka kau! Itu baru balasan pertama. Next week ada lagi. Oh! Next week kau tak ada. Next next week ada lagi. Siap la kau. Memang kau kena bahan cukup-cukup la dengan aku nanti. Lepas ni, sumpah aku tak nak percaya dengan apa-apa information dari kau lagi. Ha Ha Ha. By the way, petang tadi banyak sangat gelak.
"Rapatnya jalan itu"
(Ditujukan kepada minah rempit yang bersaiz XXXL naik motor sampai tayar rapat ke jalan)
"Putihnya gigi itu"
(Ha Ha Ha. Yang ni tak boleh explain. Nanti tak pasal-pasal aku kena kompaun. Tunggu aku habis belajar baru aku story!)

Rabu, 20 Julai 2011

KELAS a.k.a.u.n

Assalamualaikum! Anyeong
Today, Tuan Jari dengan kawan-kawan belajar akaun. Kelas pula start pukul 5 petang. Keadaan otak pula dalam keadaan lemau teramat sangat. Tetapi, lecturer tuan punya jari ni best! Memang salute la Miss Zura ni. Hari ni dah masuk chapter 4. Tadi masa tengah belajar, kami semua telah pun kenal pasti apa itu revenue, expenses, balance sheet, journal, ledger, income statement. Tiba-tiba ada la classmate aku ni.
"Miss, income statement tu apa?"
"Income statement tu dalam bahasa melayu, kunci kira-kira la"
"La. Padan pun saya tak paham. Miss translate dalam BM baru saya tahu. Saya ingatkan kunci kira-kira, KEY COUNT-COUNT"
Maka terledak la gelak ketawa di dalam kelas tadi. Miss pula geleng-geleng kepala sambil ketawa. And kami satu kelas pula berkata
"Budak ACCA memang macam tu!"
[classmate aku yang bersuara tu ada basic Akaun.]
Hope keseronokan belajar akan terus kekal sampai sem 5.

Isnin, 18 Julai 2011

PASH.MINA or PA.SHIMA?

Assalamualaikum. Anyeong!
Ha Ha Ha. Belum apa-apa dah ketawa eh? Aku ada story nak share ni. Beberapa hari yang lepas, aku keluar ke satu Square dengan roommate aku. Masa tengah naik escalator, tiba-tiba roommate aku ni bisik dekat aku.
"Weh! Tu Pashima kan?"
"Hah? Shima? Shima mana?"
"Tu ha! Pashima macam kau beli tu"
"PASH.mina la!"
Pada masa itu, tersembur la ketawa yang maha besar. Roommate aku yang seorang ni, memang macam ni. Suka terbalik kot cakap. Lepas dia salah sebut, dia still panggil PASH.MINA tu PA.SHIMA. Adei la. Dinda siapa ni? Ha Ha Ha. Walau apa-apa pun, dia la antara kawan baik aku di kolej ni. Hope kita still kawan baik sampai bila-bila. Kanda pun sama. Nanti dah habis study, jangan lupa aku yang dah tua ni ye! Ha Ha Ha. KBai.

Sabtu, 16 Julai 2011

F.R.U.S.T

Sumpah menyampah bila tawaf satu Square demi baju yang dah lama berkenan lepas tu balik rumah, bila try baju tu KETAT! Time tu rasa macam nak koyak baju tu secara live. Tapi, pikir-pikir balik bodohnya la koyak baju baru. Dua helai pula tu. Lepas tu mula la keluar idea nob yang menyatakan, diet la. Jangan makan nasi. Boleh ke? Isk! Sedihnya la. Tengok orang dressing lawa je. Turn kita pula, macam harem je. Apa la nasib. Oh! Teh Orang Kampung ada lagi wo. Malam ni kita minum 10 uncang. Besok confirm menjadi pelabur paling highest. Ha Ha Ha.

Di Mana Nak Habiskan Masa?

Assalamualaikum.. Anyeong!

Sejak dah mula kelas ni, gap pulak sampai 2-3 jam. Tapi kes aku tak berat macam budak course lain. Ada yang gap sampai 5 jam. Oleh kerana jarak masa yang agak membuat kita jadi lemau, kawan-kawan aku telah pun mengeluarkan idea dengan pergi membuang masa di AXIS mall. Pergi balik naik tren ada la dalam RM1.40 lesap. Apa yang ada di situ? Tidak la pula aku ketahui. Sebab pernah nampak je tak pernah pun jejak kaki di situ. Nak ke Time Square pula, amatlah jauh. Silap hari bulan, tak ke kelas la jawabnya. Dekat dengan kolej aku ni, ada satu Square on the way nak siap. Maybe lepas raya kot siap. Lepas ni, asal gap je M-Square. Asal hujung minggu je, M-Square. Maklum la. Jalan kaki sambil bernyanyi pun dah sampai. Cita-cita aku pulak, kalau ada cinema buka di situ, teringin juga aku nak buat partime. Nak tambah duit poket sikit. Bagi aku, pengalaman bekerja tu yang penting sebab semua kerja cara mengendalikannya berbeza.

Ok la. Malas nak taip panjang-panjang. Nanti digelar 'syok sendiripula. KBai.

DULU

Assalamualikum. Anyeong!

Sungguh semangat rasanya pada awal sem 3 ni. Bila memikirkan tentang project English, membara-bara semangat nak buat tapi, idea masih kering. Hope MARA masuk sebelum project di bentangkan sebab kosnya agak banyak yang nak digunakan. Kenapa aku beria-ria tentang project English ni? Sebab, subject English ni, tiada F.I.N.A.L. So, kena buat betul-betul la project ni. Kalau buat cincai-cincai, tiada backup plan dah. 
Tadi, masa aku tengok wall sekolah menengah aku, aku terbaca wall post salah seorang sahabat aku. Bila aku tengok dia, aku ter flash back kenangan masa form 4 & form 5. Aku masih ingat apa tabiat aku masa dalam kelas, apa aku akan buat bila aku suka dengan cikgu tu, and aku bukan lah student yang baik. Result exam pun, paras leher je. Itu pun, mujur la paras leher. Selalunya, lemas terus. Bila pikir-pikir balik, kalau la aku fokus belajar pada zaman aku sekolah dulu, mungkin aku sudah bekerja, mungkin aku sudah ada Degree, mungkin itu dan ini. Kenapa tahap kesedaran aku tidak wujud pada zaman itu? Lepas ujian, aku selalu tengok reaksi orang yang dapat markah tinggi. Aku akui yang perasaan dengki itu memang wujud tetapi aku tak mampu nak menyaingi mereka. Jika ada rakan-rakan satu geng dapat markah tertinggi di dalam kelas, aku tumpang happy untuk sedapkan hati la. Mungkin ilmu yang cikgu ajar pada aku tidak di redhoi. Aku bukan lah budak yang kurang ajar cuma jika terdapat perselisihan faham dengan cikgu, jika aku merasakan aku betul memang aku tidak akan mengalah even dia itu CIKGU. Kini aku sudah dewasa. Aku sudah pun belajar cara menegakkan kebenaran dengan cara yang elok. Cuma, kadang-kadang laser aku ada juga terkeluar tetapi dengan cepat aku akan cover balik. So, di kesempatan ini aku ingin menyatakan bahawa
Cikgu-cikgu yang pernah terasa hati dengan saya,
saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Berkatilah ilmu-ilmu yang cikgu ajar pada saya
walaupun
dalam kelas saya jadi 'anak emas' cikgu.
Harap cikgu-cikgu semua sentiasa sihat dan bahagia.
Doakan lah supaya saya berjaya di dalam hidup.
MAAFKAN SAYA CIKGU!
Kini, aku sudah belajar bahawa mengungkap kata MAAF itu bukanlah menjatuhkan maruah kita. Tak salah pun kita selalu mengungkap kata maaf even untuk kesalahan yang kecil. Manusia tidak sempurna tetapi, sesiapa yang marah selepas mendengar ungkapan MAAF, dengan tidak semene-menena akan menjadi sejuk kan? Anda tidak percaya? Jom kita try. XD. Sekian,KBai.

Jumaat, 8 Julai 2011

1st Class

6 haribulan 7 2011 telah bermula kelas untuk sem 3. 1st class yang mula belajar, kelas akaun. Pada masa tu, tahap kesegaran otak masih di tahap AKTIF. Memang AKTIF la sebab kelas pukul 8pagi. And selepas itu, kelas Eko pun bermula. Pabila lect mula menyebut " economic mean, bla.. bla.. bla.." terasa sesuatu berpinar-pinar di dalam kepala ku. Aku mula memegang kepala dengan kedua-dua belah tangan ku. Oh My Gosh! Fenin sudah! He He He. Baru intro. Rasa macam hanyut je. Tiba-tiba aku tersedar balik bila lect menjerit kecil " hah! menguap!". Ha Ha Ha. Otak terasa refreash pula. Ok la. Cukup la setakat ini. Awal sem, kelas pun banyak cancel. Tengahari tadi, tengah makan kat kedai tepi jalan. Ada pulak classmate aku lalu sambil naik motor dan menjerit " kelas cancel!! kelas cancel!!" tersentap selera aku yang tengah melantak ayam masak lemak cili padi torpedo itu. Haruskah aku percaya dengan kata-kata classmate aku tu? Tak sampi 5 minit, lalu pula class rep aku. Aku hanya mampum melihat manakala class rep aku hanya mampu tersenyum di atas motor. Tapi tak mengapa. Handphone buruk aku mengeluarkan bunyi yang menandakan mesej tiba.

Kelas Islamic Management cancel.
Sila sebarkan pada kawan-kawan yang lain.
Dari: Nur Hisham Mazlan.

nampak tak permainannya di situ? Ha Ha Ha. Ternyata firasat MALAS ke kelas pada pagi tadi betul. Ish! Letih je. KBai.