Jumaat, 17 Februari 2012

miss my old time

Assalamalaikum muslimin dan muslimat.
Aku baru balik dari makan and then entah bagaimana, aku teringat kenangan zaman tok kadok dimana aku suka dileter dan ditarbiyah oleh kawan- kawan aku. Dulu, di antara kawan- kawan aku, aku yang paling muda, paling suka ikut kata hati, paling suka diberi perhatian. Tapi semua tu dah berubah. Sekarang, aku dikelilingi oleh orang yang lebih muda. So, I have to act like matured person but actually I hate being hipokrit. Cis.

Selasa, 14 Februari 2012

wish

Assalamualaikum.
Salam sejahtera.
Dah lama dah terbuku dalam hati. Nak berubah tapi on- off je. Aku buat quote untuk menguatkan diri tapi masih tak cukup. Terlalu banyak dosa lampau yang aku sendiri malu nak imbas. Doakanlah semoga Allah memberi hidayah kepadaku.

Sabtu, 11 Februari 2012

quote

We always postponed to do a change in our life. Why we need to postponed it? If not today, when?


Published with Blogger-droid v2.0.2

Rabu, 1 Februari 2012

hati dan perasaan

Susah nak jaga hati dan perasaan orang lain apatah lagi hati sendiri. Semua salah nak dituding ke orang lain tapi bila difikir- fikir, diri sendiri pun bersalah juga. In a relationship bertahun- tahun pun masih tak dapat saling memahami. Bila degil katanya melawan. Bila meletakkan syarat, dia juga yang melanggarnya. Aku ini apa? Patung barbie? Bila dimahu, diguna. Bila sudah jemu diletak jauh- jauh jadi hiasan. Kenapa selalu pentingkan diri sendiri? Selalu ingatkan orang supaya jaga hati dan perasaannya tapi aku, ada dia berbuat begitu?


Published with Blogger-droid v2.0.2

Khamis, 26 Januari 2012

change

Assalamualaikum
Hari ni aku nak menulis tentang perubahan. Course yang aku belajar memang banyak belajar type of change, barriers and how to conduct change. Tapi bukan itu yang aku nak tuliskan. I had a friend yang cuba untuk berubah dari free hair jadi bertudung. She change her DP at facebook showing that she wear hijab yang belit- belit tu. Aku sebagai seorang kawan, memuji dan mengucapkan rasa syukur dengan perubahan kawan aku tu tapi yang aku kesalkan ada yang mengondem dengan berkata pakai tudung tapi macam paderi. Perkara tu kita tolak tepi dulu sebabnya, bila orang nak berubah, kita kena bagi support. Bagi dulu dia tutup aurat and after that, slowly kita ajak dia pakai yang lebih sopan lagi. Nak berubah secara drastik terus terang aku cakap susah dan tak akan tahan lama. Yang makin menyerabutkan keadaan, ada yang salah faham dengan apa yang aku tengah bertelagah dengan mamat tadi. Dia ingat aku mengata free hair person. No. I didnt mean that. Maksud aku yang aku nak kata, lebih elok bertudung dari free hair. Yang mana satu yang dituntut. Memang la berpakaian ketat lepas tu bertudung ramai yang kata better buka tudung tu. Tapi keadaan sekarang, orang cuba berubah. No matter what, kita kena bagi support and if caranya kurang kena dengan cara, kita tegur dengan elok bukan dengan merendahkan lagi orang tu. Bukan senang someone nak berubah disebabkan diri sendiri. Its a big step in life. So, hope my reader jadilah seorang yang bijak berfikir. Aku hairan dengan Malaysian mind set yang always saying 'no'. Cuba ubah ayat tu dari 'no' ke ayat lain. Sebagai contoh, tidak boleh memakai seluar pendek keluar dari asrama. Tidak boleh memakai baju nampak ketiak or bla, bla, bla. Why not kita pendekkan cerita dengan buat ayat sila pakai pakaian yang menutup aurat. Which one is better? Nak baca pun sedap. Bagi aku, jika terlampau banyak sangat 'no' tu makin orang buat ada la. Zaman sekarang, kita perlu phsyco bukan paksaan. If reader ada kawan- kawan yang nak berubah, bagi semangat, support and pujian. Tak perlu la nak kondem- kondem ni. Sampai bila kita nak berubah kalau saling mengondem antara satu sama lain? Being nice between each other kan bagus. =)

hearing or listening?

Apa yang  membezakan antara hearing dan listening? Listening means kita mendengar dengan fokus atau segala maklumat yang kita dengar kita akan proses dan akan kita simpan dan mungkin akan menyebarkan kepada orang lain  Hearing pula adalah kita terdengar atau sekadar mendengar sahaja. So, apa yang baik kita guna listening skill tapi bila ada sesuatu yang negatif, gunalah hearing skill. Dengar dan lupa.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Ahad, 22 Januari 2012

Jalan- Jalan Cari Makan versi aku

Assalamualaikum..
Hari ni adalah hari yang menyemakkan perut. Bangun pagi, aku mula mencari makanan di dapur. Aku belasah nasi goreng yang digoreng oleh mak aku. Harganya pula, hanyalah FREE. =)Kemudian pada pukul 11.45 aku sekeluarga bergerak ke rumah kawan mak aku yang tak jauh dari rumah aku ni. Ada kenduri dan lauk yang ada, ayam masak merah (tapi kuah dia hitam tapi, tak rasa kicap pon) daging gulai, acar timun, dan sambal belacan. Harnya pula hanyalah FREE. =) Mak aku kata, pengantin lelaki tu orang acheh. So, aku sempat la tengok rombongan pengantin lelaki sampai dan aku sempat melihat culture orang acheh. Rugi pula tak bawa kamera. Aku suka melihat pakaian mereka. Mereka betul- betul meraikan majlis perkahwinan sebab aku lihat pakaian mereka sangat, sangat, cantik. Simple and marvellous. Teringin nak sapa dan membuat ramah tetapi aku malu. Lepas makan kenduri, kami mula bergerak ke Taman Tamadun Islam. Tak sangka pula Tuanku Sultan Mizan pun ada kat situ maybe Tuanku ada ceremony dan masa aku terserempak dengan Tuanku adalah masa aku nak solat. Baru je pakai telekung, Tuanku lalu. =) first time tengok Tuanku secara live. Lepas solat, cadang nak naik TTI river cruise tapi bot akan jalan pada 4.15 sedangkan jam pada masa tu pukul 2.45. Kami melepak di tepi sungai itu sambil makan ais krim yang di sponsor oleh Cik Kiah a.k.a my umi. Tak lama lepas tu, mula la misi mencari warung Pok Nong Yang masuk JJCM last week. Cari punya cari, jumpa warung Pok Long je. So, takde hal la. Makan benda yang sama juga. Maka mula la sesi layan diri dan keputusannya adalah, 5 pinggan sotong goreng celop tepung, 6 gelas air kelapa, 1 jeli kelapa, 1 ekor ketam goreng celop tepung, 2 mangkuk ABC, 4 batang kerepok lekor, 7 ekor ikan celup tepung and ikan pari goreng sepotong. =) So yummy and fresh la. Harganya pula tak dapat di sca kerana di sponsor oleh Cik Pomen a.k.a abi! Terima kaseh dengan makanan yang sedap- sedap. Saya janji akan jadi pelajar yang baik dan anak yang solehah. I ♥ my F.A.M.I.L.Y

Sabtu, 21 Januari 2012

my experience

Semasa pertama kali aku bersekolah di Kalabakan, Sabah, aku rasa takut sangat. Aku tiada seorang kawan langsung kawan untuk menemani aku. Selepas daftar, ayahku meninggalkan aku untuk pergi kerja dan  aku pula menangis sambil memeluk tiang sebab aku disapa oleh budak Sabah yang macam gangster tapi baik. Akhirnya budak tadi pujuk aku dan masuk ke kelas.  Aku berpindah ke situ pada bulan 9 atau 10 semasa aku Darjah 2. Sebenarnya, ayahku posting ke Sabah awal tahun tetapi tempat kerjanya pedalaman, ayahku sangka di sana mungkin tiada sekolah tetapi di sana ada je sekolah rendah. Jadi, aku bersekolah di Kedah dan tinggal dengan nenek dan atuk belah ayahku. Tak lama kemudian, tok ki iaitu ayah kepada ibuku meninggal dan ayah dan ibu pulang ke Semenanjung dan membawa aku ke Sabah. Pengalaman pertama naik flight, aku mengaku yang aku macam orang jakun sikit sebab gelabah masa flight berlepas. Nanti la aku ceritakan. Sekolah aku di sana agak jauh dengan rumah. Perjalanannya ambil masa dalam 20-30minit. Jalan di sana bukan jalan tar dan bas sekolah selalu rosak dan aku selalu naik Hilux yang tak berbumbubg di belakang. Kalau pagi tu, jangan cakap la sejuknya. Sampai ke tulang sum-sum kot. First time aku pergi sekolah bangunan berkayu dan first time aku sekolah sesi petang. Rupanya, dalam kelas aku ramai juga orang Semenanjung. Merrka semua menghadapi situasi yang sama seperti aku iaitu ikut ayah berpindah. Cikgu-cikgu di sana baik dan orang sana semuanya ramah. Tak segan menegur budak baru.  Kantin sekolah tu agak kecil dan aku tak pernah dapat kerusi untuk duduk dan makan di kantin. Meja dan kerusi yang ada mungkin untuk cikgu sahaja kerana aku tidak pernah nampak student makan di kantin. Kemudahan tandas di sekolah tu agak menyedihkan sebab tiada air. Kalau nak melepas, kena tadah air dalam baldi la. Tangki air agak jauh dengan tandas. Tandas sekolah tu banyak emas yang tak di basuh. Time waktu rehat, jika ada masa lagi aku suka masuk kebawah kolong kelas. Mencari duit atau barang yang jatuh ke bawah. Kelas pula, di sana kasut tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas. Kami menyusun kasut di luar kelas dan ada juga budak Sabah tak memakai kasut ke sekolah. Berkaki ayam perkara biasa di sana. Di situ juga first time aku berkawan dengan budak yang beragama Christian. Aku yang mentah tak tahu apa-apa dengar je cerita mereka tentang gereja mereka dan mengajak ku kesana. Aiu menceritakan kepada ibuku dan ibu menasihati aku supaya jangan bergaul sangat dengan mereka dan jangan makan makanan yang mereka bawa. Aku masih berkawan dengan mereka malah aku selalu berehat bersama puak mereka. Aku mudah berkawan dan terus terang aku katakan, orang Sabah lagi ramah berbanding orang kita. Kawan- kawan perempuan aku majoriti orang Sabah. Tahap kesedaran tentang pelajaran di sana agak rendah. Ada seorang kawan aku selalu memberi alasan api tak ada untuk menyiapkan kerja sekolah dan cikgu tak boleh nak kata apa dah sebab mereka degil sangat. Cikgu yang mengajar pula tak ramai. Satu cikgu mengajar dua mata pelajaran. Guru kelas aku mengajar bahasa melayu dan matematik. Buku teks pula, tak mencukupi dan ada yang tak dapat langsung. Jadi pihak sekolah menjadikan buku latihan yang selalu kita buat latihan latih tubi sebagai pengganti buku teks. Walaupun di sana banyak kekurangan, tapi aku tak pernah rasa kurang malah lebih bagus keadaan di sana berbanding di Semenanjung. Kalau bantuan air kotak tu, sorang dapat 5-6 kotak. Tapi sayang aku bersekolah di situ hanya sehingga aku darjah 3. Ketika aku darjah 4-6, aku pindah ke sekolah rendah fajar harapan, lahad datu. So far, even kemudahan di sana tak semewah di semenanjung, aku masih merundui suasana di sana. Kekurangan mengajar kita erti penghargaan.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Selasa, 17 Januari 2012

Strength vs Confident

Being strong to make your dream succeed is not enough. Without confident, nothing will change. Why you so afraid? Nothing no fear. If you need to be confident, just take your breath deep and says "This door is the door to achieve my dream". Dont afraid to try and failed. 

Khamis, 5 Januari 2012

feeling

Drastic change means awkward environtment.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Ahad, 1 Januari 2012

my new year ambition

Assalamualaikum
Salam Tahun Baru dan aku doakan apa yang pembaca impikan di tahun baru ni akan tercapai. Jangan berharap sahaja tanpa berusaha. Kerja keras tidak pernah mengecewakan anda.
Di tahun baru ni, aku nak mereleasekan cerkon di blog. Tahun baru ni, aku dah malas nak beremosi dan aku hanya nak memberi inspirasi kepada pembaca. Watak yang aku reka tu memang la tak berapa logik tetapi mungkin suatu hari nanti, semua yang aku tulis tu mungkin dah logik akal.
Even aku tak tahu blog jin bertendang aku ni ada pembaca or not, itu tak penting. Jika ada sesiapa yang membaca, ada nak bagi cadangan or pendapat or kutukan, boleh bagi komen. Aku amat menghargai pandangan orang kerana aku tak boleh menilai diri sendiri.
Cukup la setakat ini. Hope anda di inspirasikan oleh cerkon aku nanti. Smile always and keep positive.