Selasa, 13 Disember 2011

Cara- cara nak melarikan diri dari dingorat

Assalamualaikum
Hye all. Di sini, Dr. Professor B ingin mengajar gadis- gadis di luar sana cara- cara nak merejectkan diri dari di ngorat. Sebelum itu, Dr. Professor B nak bagi situasi dulu.
Pernahkah anda, anda, anda menaiki bas dan bas itu tiada tempat kosong di bahagian hadapan dan anda, anda, anda terpaksa duduk di kawasan belakang di mana di bahagian belakang itu ada geng- geng kutu rayau. Ambil nasihat Dr. Professor B ni. Apa yang anda perlu lakukan adalah, berlagak biasa. Jika kutu rayau menggangu anda, anda hanya perlu berpura- pura bisu atau berpura-pura menjadi pekak. Setakat ni, Dr. Professor B telah berjaya menggunakan taktik ini namun kantoi semasa berjalan- jalan di pusat karaoke dan terserempak dengan kutu rayau itu semasa Dr. Professor B tengah sedap melalak.
Pernahkah anda, anda, anda, di tanya di manakah anda menetap? Cara menjawabnya adalah:
Mamat: awak, awak duduk mana ye?
Anda: saya tengah duduk atas kerusi. kenapa?
Mamat: maksud saya, rumah awak la.
Anda: awak nak rumah mak saya ke ayah saya?
Mamat: apa kata rumah mak awak dulu.
Anda: mak saya duduk di J23.
Mamat: ayah awak pula?
Anda: ayah saya duduk di J23.
Mamat: eh? bukan sama tempat ke?
Anda: memang la. sebab mereka kan duduk satu rumah
So, dengan layanan anda sebegini rupa, Dr.Professor B yakin anda akan direject dengan jayanya. Taktik ni kawan Dr. Professor B pernah cuba dan berjaya.
p/s: guna taktik ni bila tak di ngorat oleh lelaki yang annoyying je.. =P

Sabtu, 3 Disember 2011

LeeSsang Blues lyric translation

My life was always rough with love
Like a thrown away umbrella, I was always in cold, loneliness and serious insult
I tolerated all of these and got dumpedseveral times
I was a wanderer looking for true love
But this one beautiful girl made my steps stop
My life has been an endless runway since I’ve engraved you in my heart
I’ve been reborn, into a red flower


*Loving you, always never change loving you, the two soft hands
Your eyes seduce me, make my heart cry, how.. how..
Loving you, always never change loving you, because you embrace me
The flowers on the meadow and the moon in dark are jealous of me


My life was a thornbush before I met you
But now it’s a strong building
I’m like the fool Ondal^ who only smiles at this big love
My life is brighter than that full moon
(You are like) A wind own with sunshine
(Your whisper is like) A grandma’s lullaby
When I think of it, everything is just peaceful
The most beautiful harmony in the world is you and I
I’m this happy because of you
Compared to that what I can do for you is to let my arm be your pillow
Or to hug you hard like your bones will break
I’m sorry, to you who have made a place for me in your heart
I will be your shoes, put me on and go wherever you want
Don’t worry about stepping on dirty things
I will embrace it without anyone noticing
But promise me that you’ll be next to me until death


Read more:
LeeSsang LeeSsang Blues (리쌍 블루스) Lyrics Translation | InfoTaip
via infotaip.blogspot.com

Jumaat, 25 November 2011

Ubah cara lama

AssalamualaikumHye all. (buat- buat macam ada orang baca entry ni

Topik yang aku nak ketengahkan pada hari ni sebenarnya dari semalam aku wondering. Ia terjadi semasa aku buka FB and ada wall photo about a girl wearing a 'tudung' but when she sit, people on her back can see her underwear. (Maksud saya, she wearing baju yang singkat) Sebenarnya, aku marah sangat kepada yang upload picture sebab yang tukang upload itu adalah LELAKI. Ini ke cara awak berdakwah? Dengan memalukan orang lain? Come on la. Cuba kalau situasi tu terjadi pada kakak or adik awak. Dont you feel ashame and angry? Why not you tegur that girl by telling her "Excuse me miss. Saya ternampak belakang awak. Boleh tolong labuhkan baju?" Memang gadis tu akan malu tetapi orang lain tak tahu. Kalau fikir dalam-dalam, mana yang lebih baik? Upload picture or menegur? Please be gentleman la. Amat- amat tak buruk perangai macam kamu tu. And baru- baru ni, di wall FB aku ada picture yang tak senonoh. Picture perempuan yang tukang upload,tukang sebar, tukang share, again LELAKI. Ada yang komen menghina, mengutuk. Why not send mesej je. Tegur elok- elok. Ni tak mengkondemkan lagi ada la. Tak kena batang hidung sendiri macam tu la. Esok lusa ada anak, jadi macam tu baru tahu. So, kesimpulannya kalau ade dekat wall keluar picture yang tak senonoh, kadang-kadang tu mungkin akaun penyebar gambar lucah tu kena hack sebab ada diantara kawan-kawan aku penah kena hack FB. Seorang tu, FB kena hack, DP dia picture gay yang tengah menjolok and album dia penuh dengan picture GAY and bila kawan dia komen, komen dia akan naik pada wall kawan kepada kawan yang kena hack tu. So, orang yang tak kenal pon boleh komen picture tu and jadilah tempat memaki hamun besar- besaran sedangkan tuan punya FB sendiri tak tahu apa cerita FB dia. Baru- baru ni, hackers buat cara lain. Hack FB orang, upload picture perempuan tunjuk dada and yang pakai tak cukup kain. Lepas tu boleh pulak orang tuduh dia tu boleh hack FB orang lain jika kita add dia or approve dia. Come on la. Fikir logik la. Takkan la tuan FB tu bodoh sangat dia nak khianat orang. Nak menegur biar kena cara. Maki hamun bukan teguran yang baik. So peeps, beware la dengan FB and attire. Orang zaman sekarang suka menegur dengan cara yang memalukan. Have a nice day all. Hope yang suka memalukan orang tu ubah cara teguran ya!

how to handle windows explorer has stopped working

Assalamualaikum.Well, my first love akhirnya sihat. Ini semua berkat kesabaran aku yang sanggup melayan karenah beliau. Ni nak mai habaq. Leppy cheq tetiba je bila on, tak sampai 5minit, duk keluaq pop-up habaq yang windows explorer has stopped working. Mula-mula tu cheq malas nak layan. Ingat nak pi hantaq hospital je. Tapi duk pikiaq mana nak cekau duit, cheq usaha nak rawat sendiri. Agak menyiksakan sebab baru je pangkah pop-up tu, tak sampai 2minit pop-up tu keluaq balik. 4hari cheq hadap leppy sampai satu tahap tak boleh nak shutdown, cheq cabut je segala wayaq (sesuka hati mereka, abi ampun na salah taip)biaq pi leppy off macam tu je. Hari ke 2, leppy ni nyaris-nyaris nak kena format tapi cheq tak berani kang tak pasal-pasal semua hilang mapoih cheq. Setelah 2hari cheq buat research, akhirya jumpa la solutionnya. Anda semua boleh klik di sini: http://answers.microsoft.com/en-us/ie/forum/ie8-windows_other/internet-explorer-has-stopped-working-message/76fb744d-a7a0-4b67-91c5-a524c901af5a Jenuh jugak cheq taip dalam malay tapi yang keluaq, I.N.D.O.N punya forum. So, ankel google suggest guna je mat salih punya ilmu. Benda ni jarang jadi tapi, bila dah jadi mati akal. Yang tak tahu nak handle, hantar kedai buang RM50. So, tak salah kalau kita buat sendiri. Tanye je ankel cheq tu. Dia tak pernah kecewakan cheq. Thanks ankel G.O.O.G.L.E.

Khamis, 24 November 2011

my old diary

Assalamualaikum

My sweetheart masih tak elok and update e:try guna 2nd lover. Tadi aku terjumpa diari2 lama aku. Wujud lagi eh. Aku ingat aku dah bakar semua. Bila aku baca balik apa yang aku tulis, rasa malu pun ada sebab penulisan yang penuh dengan emosi. Well masa tu tak matang lagi. Last diari aku, dah tiada perasaan marah, dengki and bengkak hati sebab diary tu aku salin balik mesej2 kekasih ku H. Mula2 bercinta, bunga je dalam hati ni. Sebab tu la aku salin balik mesej2 dia. Bila gaduh, aku baca balik mesej2 dia. Terus dah tak marah. Hehhe. Ada ke orang buat macam aku ni? Even aku tak bergaduh dengan dia, bila aku baca balik diary yang terkandung mesej2 dia, aku menangis. Even masa depan aku dengan dia tak berapa pasti, aku takkan tinggalkan dia bukan sebab sayang, bukan sebab cinta, tapi sebab aku bertuah dia sayang and cintakan aku. Ops! Faktor hujan and sejuk ni merangsang perasaan jiwang karat ke?


Published with Blogger-droid v2.0.1

Rabu, 23 November 2011

hujan oh hujan

Assalamulaikum..

Jika entri ni banyak typo, ini adalah kerana aku menaip dengan menggunakan second lover. First lover hurt dan aku tak cukup rajin nak pujuknya. Back to the point sekarang di rumah aku turun hujan yang lebat dan kerap. So,maknanya sekarang aku tengah duduk depan tv, sambil beraelimut. Memang tak boleh nak bikin aktiviti lain sekarang ni kecuali ajak swan buat tarian ballet di depan rumah aku and sesi petang pula diakhiri dengan koget itik pulang petang di belakang rumah aku. So, siapa yang nak join jangan malu-malu datang lah beramai- ramai. Bak kata nenrk aku, pakat gi ramai- ramai.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Selasa, 15 November 2011

saja merepek

Assalamualaikum.

Apa khabar? (Aku takut nak bertanya khabar sebab mungkin blog aku ni tak ada siapa pun nak baca) Besok aku ada exam dan macam biasa, last paper membuatkan aku malas nak mentelaah nota sebab semangat nak balik kampung membuak-buak di dalam jiwa. Aku bingung tak tahu nak balik mana. Sama ada T atau K. Tapi hati kecil ku meronta-ronta nak balik ke K sebab last ak balik sana semasa aku form 4. Selepas tok chah dan tok wan dah tak ada, ayah aku ada balik sana tapi dia balik seorang je. Masa tok chah dan tok wan meninggal, aku tak dapat menghadirkan diri ke majlis pengebumian mereka sebab aku sekolah asrama dan sekolah aku tu menyimpang jauh nak ke K dan ayah aku buat keputusan meninggalkan aku di sekolah sahaja. Agak terkilan sebab aku je yang tak ada. So, aku nak balik nak pergi melawat kubur, nak tengok rumah tok chah dan tok wan. Mereka pernah membesarkan aku selama setahun sebab ayah aku terpaksa bertukar ke Sabah. Lagi sekali aku nak taip, aku agak terkilan aku tak ada masa majlis pengebumian. Bila aku teringat tok chah dan tok wan, aku berharap yang aku dan pasangan aku pun akan menjadi seperti mereka. Even mereka selalu bertekak mulut, bila tok chah aku sakit, tok wan yang menjaga dia even tok wan aku tu badan lumpuh sebelah. Bila aku tanya, kenapa susah-susah jaga tok chah sebab cucu-cucu ada dia menjawab " masa aku sakit dulu, dia duk jaga aku. La ni, aku nak jaga dia balik". Aku terharu dengar tok wan aku yang tak romantik tu cakap macam tu. Bila tok chah meninggal, tok wan tak nak tinggal dengan pakngah. Dia nak duduk rumah lama dia sebab dia rindu dengan tok chah. (rumah tok wan dengan rumah pak ngah aku satu kampung je. So, pakngah aku pun dengan berat hati bagi la dia duduk rumah lama dia tu. Tak lama lepas tok chah aku meninggal, tok wan pun meninggal. Humm.. Rasa macam baru semalam tok chah aku membebel-bebel dekat aku, suruh aku mandi, solat, makan dan macam- macam lagilah. Selagi tak buat macam dia suruh, membebel la dia. Hehehe. Tok wan pula, malam-malam bila nak tidur mesti dia bertekak dengan tok chah. Bukan bertekak gaduh bertekak lawak. Hahaha. I wish I can go back to the old time and being a good grandaughter to them. Pada kamu semua, yang masih ada nenek, atok, opah, sementara mereka masih ada ni la jadilah cucu yang baik. Mungkin ada yang tak reti nak layan nenek dan atuk sebab mereka dah tua dan kita pula orang muda, tak perlu la beli macam-macam. Just volunteer urut badan ke, urut kaki ke, jadi la. Buat mereka terasa dihargai. Tok wang, (nenek belah mak aku) saya janji saya akan jadi cucu yang baik. Saya tak nakal- nakal dah. Hehehe. Oh ya. Aku nak telefon ayah nak beritahu yang aku nak balik ke K.