Aku baru balik dari makan and then entah bagaimana, aku teringat kenangan zaman tok kadok dimana aku suka dileter dan ditarbiyah oleh kawan- kawan aku. Dulu, di antara kawan- kawan aku, aku yang paling muda, paling suka ikut kata hati, paling suka diberi perhatian. Tapi semua tu dah berubah. Sekarang, aku dikelilingi oleh orang yang lebih muda. So, I have to act like matured person but actually I hate being hipokrit. Cis.
Jumaat, 17 Februari 2012
miss my old time
Aku baru balik dari makan and then entah bagaimana, aku teringat kenangan zaman tok kadok dimana aku suka dileter dan ditarbiyah oleh kawan- kawan aku. Dulu, di antara kawan- kawan aku, aku yang paling muda, paling suka ikut kata hati, paling suka diberi perhatian. Tapi semua tu dah berubah. Sekarang, aku dikelilingi oleh orang yang lebih muda. So, I have to act like matured person but actually I hate being hipokrit. Cis.
Selasa, 14 Februari 2012
wish
Salam sejahtera.
Dah lama dah terbuku dalam hati. Nak berubah tapi on- off je. Aku buat quote untuk menguatkan diri tapi masih tak cukup. Terlalu banyak dosa lampau yang aku sendiri malu nak imbas. Doakanlah semoga Allah memberi hidayah kepadaku.
Sabtu, 11 Februari 2012
quote
We always postponed to do a change in our life. Why we need to postponed it? If not today, when?
Rabu, 1 Februari 2012
hati dan perasaan
Susah nak jaga hati dan perasaan orang lain apatah lagi hati sendiri. Semua salah nak dituding ke orang lain tapi bila difikir- fikir, diri sendiri pun bersalah juga. In a relationship bertahun- tahun pun masih tak dapat saling memahami. Bila degil katanya melawan. Bila meletakkan syarat, dia juga yang melanggarnya. Aku ini apa? Patung barbie? Bila dimahu, diguna. Bila sudah jemu diletak jauh- jauh jadi hiasan. Kenapa selalu pentingkan diri sendiri? Selalu ingatkan orang supaya jaga hati dan perasaannya tapi aku, ada dia berbuat begitu?
Khamis, 26 Januari 2012
change
Hari ni aku nak menulis tentang perubahan. Course yang aku belajar memang banyak belajar type of change, barriers and how to conduct change. Tapi bukan itu yang aku nak tuliskan. I had a friend yang cuba untuk berubah dari free hair jadi bertudung. She change her DP at facebook showing that she wear hijab yang belit- belit tu. Aku sebagai seorang kawan, memuji dan mengucapkan rasa syukur dengan perubahan kawan aku tu tapi yang aku kesalkan ada yang mengondem dengan berkata pakai tudung tapi macam paderi. Perkara tu kita tolak tepi dulu sebabnya, bila orang nak berubah, kita kena bagi support. Bagi dulu dia tutup aurat and after that, slowly kita ajak dia pakai yang lebih sopan lagi. Nak berubah secara drastik terus terang aku cakap susah dan tak akan tahan lama. Yang makin menyerabutkan keadaan, ada yang salah faham dengan apa yang aku tengah bertelagah dengan mamat tadi. Dia ingat aku mengata free hair person. No. I didnt mean that. Maksud aku yang aku nak kata, lebih elok bertudung dari free hair. Yang mana satu yang dituntut. Memang la berpakaian ketat lepas tu bertudung ramai yang kata better buka tudung tu. Tapi keadaan sekarang, orang cuba berubah. No matter what, kita kena bagi support and if caranya kurang kena dengan cara, kita tegur dengan elok bukan dengan merendahkan lagi orang tu. Bukan senang someone nak berubah disebabkan diri sendiri. Its a big step in life. So, hope my reader jadilah seorang yang bijak berfikir. Aku hairan dengan Malaysian mind set yang always saying 'no'. Cuba ubah ayat tu dari 'no' ke ayat lain. Sebagai contoh, tidak boleh memakai seluar pendek keluar dari asrama. Tidak boleh memakai baju nampak ketiak or bla, bla, bla. Why not kita pendekkan cerita dengan buat ayat sila pakai pakaian yang menutup aurat. Which one is better? Nak baca pun sedap. Bagi aku, jika terlampau banyak sangat 'no' tu makin orang buat ada la. Zaman sekarang, kita perlu phsyco bukan paksaan. If reader ada kawan- kawan yang nak berubah, bagi semangat, support and pujian. Tak perlu la nak kondem- kondem ni. Sampai bila kita nak berubah kalau saling mengondem antara satu sama lain? Being nice between each other kan bagus. =)
hearing or listening?
Apa yang membezakan antara hearing dan listening? Listening means kita mendengar dengan fokus atau segala maklumat yang kita dengar kita akan proses dan akan kita simpan dan mungkin akan menyebarkan kepada orang lain Hearing pula adalah kita terdengar atau sekadar mendengar sahaja. So, apa yang baik kita guna listening skill tapi bila ada sesuatu yang negatif, gunalah hearing skill. Dengar dan lupa.
Ahad, 22 Januari 2012
Jalan- Jalan Cari Makan versi aku
Hari ni adalah hari yang menyemakkan perut. Bangun pagi, aku mula mencari makanan di dapur. Aku belasah nasi goreng yang digoreng oleh mak aku. Harganya pula, hanyalah FREE. =)Kemudian pada pukul 11.45 aku sekeluarga bergerak ke rumah kawan mak aku yang tak jauh dari rumah aku ni. Ada kenduri dan lauk yang ada, ayam masak merah (tapi kuah dia hitam tapi, tak rasa kicap pon) daging gulai, acar timun, dan sambal belacan. Harnya pula hanyalah FREE. =) Mak aku kata, pengantin lelaki tu orang acheh. So, aku sempat la tengok rombongan pengantin lelaki sampai dan aku sempat melihat culture orang acheh. Rugi pula tak bawa kamera. Aku suka melihat pakaian mereka. Mereka betul- betul meraikan majlis perkahwinan sebab aku lihat pakaian mereka sangat, sangat, cantik. Simple and marvellous. Teringin nak sapa dan membuat ramah tetapi aku malu. Lepas makan kenduri, kami mula bergerak ke Taman Tamadun Islam. Tak sangka pula Tuanku Sultan Mizan pun ada kat situ maybe Tuanku ada ceremony dan masa aku terserempak dengan Tuanku adalah masa aku nak solat. Baru je pakai telekung, Tuanku lalu. =) first time tengok Tuanku secara live. Lepas solat, cadang nak naik TTI river cruise tapi bot akan jalan pada 4.15 sedangkan jam pada masa tu pukul 2.45. Kami melepak di tepi sungai itu sambil makan ais krim yang di sponsor oleh Cik Kiah a.k.a my umi. Tak lama lepas tu, mula la misi mencari warung Pok Nong Yang masuk JJCM last week. Cari punya cari, jumpa warung Pok Long je. So, takde hal la. Makan benda yang sama juga. Maka mula la sesi layan diri dan keputusannya adalah, 5 pinggan sotong goreng celop tepung, 6 gelas air kelapa, 1 jeli kelapa, 1 ekor ketam goreng celop tepung, 2 mangkuk ABC, 4 batang kerepok lekor, 7 ekor ikan celup tepung and ikan pari goreng sepotong. =) So yummy and fresh la. Harganya pula tak dapat di sca kerana di sponsor oleh Cik Pomen a.k.a abi! Terima kaseh dengan makanan yang sedap- sedap. Saya janji akan jadi pelajar yang baik dan anak yang solehah. I ♥ my F.A.M.I.L.Y