Rabu, 20 Mac 2013

Jalan-jalan cari pasal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum mengutuk, senyum sikit meh. =)

Last thursday, aku pi KL untuk ambil BB1M. Plus, nak perabis BB1M tu sekali. So, dah alang-alang aku tengah duduk di Perlis, aku ingat nak try la naik train. Aku pun dengan malasnya pi beli tiket train di keretapi sementara Arau. Sesat jugaklah mencari stesen keretapi sementara tu. Dengan muka tak malu, aku bertanya dengan pakcik kedai makan kat mana la stesen keretapi Arau tu


Settle dah beli tiket. Pada hari khamis, aku pun dihantar ke stesen keretapi di iringi oleh cuzzy and housemate aku. (Nak naik keretapi gempak gila!)


Kat tiket, katanya train sampai 7.06 minit tapi realitinya, train sampai pada pukul 7.45.

 
 
 
 
Yeay! Train dah sampai. =) Kepada sesiapa yang tak pernah naik train, jangan risau kalau tak jumpa koc ke apa sebab, dia dh tunjuk arah dah masa nak ke landasan. Koc train aku L2 so, aku punya gerabak arah ke kiri. Bila dah naik, lagi sekali jangan risau kalau tak jumpa katil u ollz. Sebab, kat atas, tepi katil dan di katil ada nombor katil. So, kalau salah lagi aku tak tahu la kan. Buka mata luas-luas na! XD



Okkey, gambaq seterusnya adalah keadaan di dalam gerabak katil. Maaf lah kalau gambaq tak berkualiti sebab cheq tak ada DSLR or Digital Camera. Yang hado, HTC saja. =S



Sorry akak! Tersnap pic akak pula ye! Aku beli katil atas sebab harganya murah sikit dari katil bawah. Tapi kalau siapa yang pentingkan keselesaan, ambil la bawah ye. XD. So, next picture nak tunjuk katil kat angpa.




Aku naik atas katil, simpan selipar then, aku pun mulakan aktiviti berdengkur sebab katilnya selesa plus sejuk! Tapi, sejuk sampai ke Bukit Mertajam saja. Sebab apa? Macam ni. Train ni, dari Arau, kepala duk kat belakang gerabak L1. Sampai je kat Bukit Mertajam, kepala depan tadi pi belakang. Masa ni la kami semua penumpang yang kurang bernasib baik stuck kat sana almost 4 hours. Bayangkan. Gerabak tak ada letrik (so aircond pun tak ada). Memang rimas. Tapi yang hairan, dari 11.45 malam sampai la nak dekat pukul 1 lebih baru aku sedar yang train ni tak bergerak. Sedapnya la aku tidur ye? After terjaga, aku pun pi toilet then keluar la jenguk-jenguk kawasan. Mana tahu boleh jajah ke. Hahaha. XD Sebenarnya aku nak lari dari mendengar makian pakcik bawah katil aku.



Lepas aku termenung dan kacau cuzzy and boyfie, depa haram tak reply mesej aku. Aku pun masuk balik dalam gerabak, panjat katil then krohh krohh krohh balik. Lepas tu, aku sedar-sedar train dah ada letrik balik and dalam pukul 3.30 train pun bergerak macam biasa. Aku sampai KL pukul 10.30pagi! OMG. Memang rush habis sebab takut sampai kolej dah pukul 12 tengahari. Staff rehat wo. Nak tunggu ke sampai 2.30 petang? Tidak la mahu. Lepas turun KL Sentral, aku rush pergi naik LRT sampai ke Masjed Jamek then berlari kejar LRT ke Ampang. Alhamdulillah. Aku sampai kolej pukul 11 lebih. Then, dapat la BB1M.

 
 
So, the moral of story adalah kalau la anda, anda, anda semua jenis nak rushing, memang tak sesuai naik train sebab sometime perjalanannya lancar and sometime kita pun tak duga apa yang nak jadi. Tapi, bagi aku KTM ni memang padan la servis dengan harganya. Semua tahu harga tiket train murah kan. Pihak KTM pun memberi sedikit saguhati kepada penumpang dengan menawarkan minuman dan sandwich percuma dengan memberi tiket train kepada mereka. Aku tak tukar pun sebab pagi tu mood aku nak rushing je kerja. So, perut lapar pun aku tak ambil kesah. By the way, kalau la aku dapat travel naik train dengan geng 11-02-06 confirm travel ni paling seronok! Wei budak asrama puaka. Jom travel pi Krabi by train! XD

Tiada ulasan: