Memaparkan catatan dengan label student life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label student life. Papar semua catatan

Sabtu, 24 September 2011

SEMPAT KE..?

Assalamualaikum..
Achumm!! Adoi.. dah baik demam dah pun.. hehehe.. last week aku dapat pahal dari Allah s.w.t kerana demam selama 3hari.. Tengah assignment tengah berasak- asak ni la dapat pahala ye.. Kuala lumpur dikatakan berjerebu so no wonder la kenapa aku demam.. ada juga anak- anak kawan aku turut serta dengan aku.. err. Tahap antibodi aku level budak la ye..? Hehehe.. ok la.. tanpa lengah lagi, aku nak cerita tentang assingment yang menimbun and tak tahu mana satu aku nak buat dulu.. correction dah settle, islamic management tinggal conclusion dengan introduction.. ahha.. tak lupa juga pada assignment group yang bernilai 24million.. hahaha.. hope my classmate buat siang sebab malam aku kena tidur ikut time.. hadoi.. ada lagi 3 assignment.. invitation card submit monday.. puihh.. nasib baik senang.. besokla aku buat.. kepala dah fening.. hehehe..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Jumaat, 23 September 2011

K.A.C.A.U B.I.L.A.U

Assalamualaikum..
Hehehe.. sejak laptop aku rosak, bapak payah nak buat assignment.. rasa macam nak mengamuk satu dunia sebab aku tak boleh terima kenyataan yang aku tak boleh submit assigmment at the date line.. what the F.. adoi.. apek.. lu kasi cepat la bikin wa punya leppy.. wa banyak report mau bikin maa..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Rabu, 20 Julai 2011

KELAS a.k.a.u.n

Assalamualaikum! Anyeong
Today, Tuan Jari dengan kawan-kawan belajar akaun. Kelas pula start pukul 5 petang. Keadaan otak pula dalam keadaan lemau teramat sangat. Tetapi, lecturer tuan punya jari ni best! Memang salute la Miss Zura ni. Hari ni dah masuk chapter 4. Tadi masa tengah belajar, kami semua telah pun kenal pasti apa itu revenue, expenses, balance sheet, journal, ledger, income statement. Tiba-tiba ada la classmate aku ni.
"Miss, income statement tu apa?"
"Income statement tu dalam bahasa melayu, kunci kira-kira la"
"La. Padan pun saya tak paham. Miss translate dalam BM baru saya tahu. Saya ingatkan kunci kira-kira, KEY COUNT-COUNT"
Maka terledak la gelak ketawa di dalam kelas tadi. Miss pula geleng-geleng kepala sambil ketawa. And kami satu kelas pula berkata
"Budak ACCA memang macam tu!"
[classmate aku yang bersuara tu ada basic Akaun.]
Hope keseronokan belajar akan terus kekal sampai sem 5.

Isnin, 18 Julai 2011

PASH.MINA or PA.SHIMA?

Assalamualaikum. Anyeong!
Ha Ha Ha. Belum apa-apa dah ketawa eh? Aku ada story nak share ni. Beberapa hari yang lepas, aku keluar ke satu Square dengan roommate aku. Masa tengah naik escalator, tiba-tiba roommate aku ni bisik dekat aku.
"Weh! Tu Pashima kan?"
"Hah? Shima? Shima mana?"
"Tu ha! Pashima macam kau beli tu"
"PASH.mina la!"
Pada masa itu, tersembur la ketawa yang maha besar. Roommate aku yang seorang ni, memang macam ni. Suka terbalik kot cakap. Lepas dia salah sebut, dia still panggil PASH.MINA tu PA.SHIMA. Adei la. Dinda siapa ni? Ha Ha Ha. Walau apa-apa pun, dia la antara kawan baik aku di kolej ni. Hope kita still kawan baik sampai bila-bila. Kanda pun sama. Nanti dah habis study, jangan lupa aku yang dah tua ni ye! Ha Ha Ha. KBai.

Sabtu, 16 Julai 2011

Di Mana Nak Habiskan Masa?

Assalamualaikum.. Anyeong!

Sejak dah mula kelas ni, gap pulak sampai 2-3 jam. Tapi kes aku tak berat macam budak course lain. Ada yang gap sampai 5 jam. Oleh kerana jarak masa yang agak membuat kita jadi lemau, kawan-kawan aku telah pun mengeluarkan idea dengan pergi membuang masa di AXIS mall. Pergi balik naik tren ada la dalam RM1.40 lesap. Apa yang ada di situ? Tidak la pula aku ketahui. Sebab pernah nampak je tak pernah pun jejak kaki di situ. Nak ke Time Square pula, amatlah jauh. Silap hari bulan, tak ke kelas la jawabnya. Dekat dengan kolej aku ni, ada satu Square on the way nak siap. Maybe lepas raya kot siap. Lepas ni, asal gap je M-Square. Asal hujung minggu je, M-Square. Maklum la. Jalan kaki sambil bernyanyi pun dah sampai. Cita-cita aku pulak, kalau ada cinema buka di situ, teringin juga aku nak buat partime. Nak tambah duit poket sikit. Bagi aku, pengalaman bekerja tu yang penting sebab semua kerja cara mengendalikannya berbeza.

Ok la. Malas nak taip panjang-panjang. Nanti digelar 'syok sendiri'  pula. KBai.

DULU

Assalamualikum. Anyeong!

Sungguh semangat rasanya pada awal sem 3 ni. Bila memikirkan tentang project English, membara-bara semangat nak buat tapi, idea masih kering. Hope MARA masuk sebelum project di bentangkan sebab kosnya agak banyak yang nak digunakan. Kenapa aku beria-ria tentang project English ni? Sebab, subject English ni, tiada F.I.N.A.L. So, kena buat betul-betul la project ni. Kalau buat cincai-cincai, tiada backup plan dah. 
Tadi, masa aku tengok wall sekolah menengah aku, aku terbaca wall post salah seorang sahabat aku. Bila aku tengok dia, aku ter flash back kenangan masa form 4 & form 5. Aku masih ingat apa tabiat aku masa dalam kelas, apa aku akan buat bila aku suka dengan cikgu tu, and aku bukan lah student yang baik. Result exam pun, paras leher je. Itu pun, mujur la paras leher. Selalunya, lemas terus. Bila pikir-pikir balik, kalau la aku fokus belajar pada zaman aku sekolah dulu, mungkin aku sudah bekerja, mungkin aku sudah ada Degree, mungkin itu dan ini. Kenapa tahap kesedaran aku tidak wujud pada zaman itu? Lepas ujian, aku selalu tengok reaksi orang yang dapat markah tinggi. Aku akui yang perasaan dengki itu memang wujud tetapi aku tak mampu nak menyaingi mereka. Jika ada rakan-rakan satu geng dapat markah tertinggi di dalam kelas, aku tumpang happy untuk sedapkan hati la. Mungkin ilmu yang cikgu ajar pada aku tidak di redhoi. Aku bukan lah budak yang kurang ajar cuma jika terdapat perselisihan faham dengan cikgu, jika aku merasakan aku betul memang aku tidak akan mengalah even dia itu CIKGU. Kini aku sudah dewasa. Aku sudah pun belajar cara menegakkan kebenaran dengan cara yang elok. Cuma, kadang-kadang laser aku ada juga terkeluar tetapi dengan cepat aku akan cover balik. So, di kesempatan ini aku ingin menyatakan bahawa
Cikgu-cikgu yang pernah terasa hati dengan saya,
saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Berkatilah ilmu-ilmu yang cikgu ajar pada saya
walaupun
dalam kelas saya jadi 'anak emas' cikgu.
Harap cikgu-cikgu semua sentiasa sihat dan bahagia.
Doakan lah supaya saya berjaya di dalam hidup.
MAAFKAN SAYA CIKGU!
Kini, aku sudah belajar bahawa mengungkap kata MAAF itu bukanlah menjatuhkan maruah kita. Tak salah pun kita selalu mengungkap kata maaf even untuk kesalahan yang kecil. Manusia tidak sempurna tetapi, sesiapa yang marah selepas mendengar ungkapan MAAF, dengan tidak semene-menena akan menjadi sejuk kan? Anda tidak percaya? Jom kita try. XD. Sekian,KBai.

Jumaat, 8 Julai 2011

1st Class

6 haribulan 7 2011 telah bermula kelas untuk sem 3. 1st class yang mula belajar, kelas akaun. Pada masa tu, tahap kesegaran otak masih di tahap AKTIF. Memang AKTIF la sebab kelas pukul 8pagi. And selepas itu, kelas Eko pun bermula. Pabila lect mula menyebut " economic mean, bla.. bla.. bla.." terasa sesuatu berpinar-pinar di dalam kepala ku. Aku mula memegang kepala dengan kedua-dua belah tangan ku. Oh My Gosh! Fenin sudah! He He He. Baru intro. Rasa macam hanyut je. Tiba-tiba aku tersedar balik bila lect menjerit kecil " hah! menguap!". Ha Ha Ha. Otak terasa refreash pula. Ok la. Cukup la setakat ini. Awal sem, kelas pun banyak cancel. Tengahari tadi, tengah makan kat kedai tepi jalan. Ada pulak classmate aku lalu sambil naik motor dan menjerit " kelas cancel!! kelas cancel!!" tersentap selera aku yang tengah melantak ayam masak lemak cili padi torpedo itu. Haruskah aku percaya dengan kata-kata classmate aku tu? Tak sampi 5 minit, lalu pula class rep aku. Aku hanya mampum melihat manakala class rep aku hanya mampu tersenyum di atas motor. Tapi tak mengapa. Handphone buruk aku mengeluarkan bunyi yang menandakan mesej tiba.

Kelas Islamic Management cancel.
Sila sebarkan pada kawan-kawan yang lain.
Dari: Nur Hisham Mazlan.

nampak tak permainannya di situ? Ha Ha Ha. Ternyata firasat MALAS ke kelas pada pagi tadi betul. Ish! Letih je. KBai.