Isnin, 11 Mac 2013

Kedai steambot yang tak ingat nama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Smile sikit. ≧﹏≦

Cheq baru tadi pi makan steambot. Sedap baq hang. Hahaha. Kedai tu sedap gila and tak sempat nak snap pic masa tengah makan sebab aku kusyuk gila makan. Kedai ni kat depan ILP perlis. Juga berdekatan dengan Anjung Keli yang kedai makan ada macam-macam jenis masakan keli dan makanan masakan lain pun ada juga. Kira food heaven jugak la situ.
OK. Back to the main story. Kedai steambot ni, harganya hanyalah RM10 untuk satu kepala. Yang uniknya, depa guna arang untuk bakaq and rebus steambot. Bakaq? Steambot ada bakaq? Ni nak habaq. Kalau hangpa pernah tengok Korean people makan daging bakaq atas mini grill tu, macam tu la kat sini. Kedai ni also provide ayam and daging black paper. This is their signature food. Kalau hangpa mai kedai ni, aku sarankan hangpa ambil ayam and daging black paper je dah berbaloi. Lauk untuk steambot pula, tak la semewah mana berpatutan la dengan harganya kan.
Hangpa nak makan banyak mana, makan la. Nak duduk lama mana, duduk la. Janji, makanan habis na. Jangan membazir. Ingatlah, orang kat Palestin sometime tak cukup makan. Tak pun, ingat Afrika, jangan membazir makanan ok?
So, overall makan kat sini, SYOK! Sebab aku muak makan steambot sosej and sedara dengannya. Bila rebus dengan sup, dia akan kembang dan kita akan cepat kenyang.
So, kalau hangpa mai perlis, jangan lupa singgah sini na. Ingat ILP, ingat Anjung Keli, ingat kedai ni. Owh. By the way, kedai ni buka malam. Anda disarankan datang awal untuk mengelakkan kesesakan parking dan mencari meja kosong.
Kat bawah ni, ada pic before and after je. Tu maknanya, terlampau SEDAP! Selamat mencuba!

Tiada ulasan: