Isnin, 26 September 2011

M.O.N.D.A.Y

Why I suddenly fall in love with M.O.N.D.A.Y?
1. I finished my assignment, + my lecture still receive my assignment although I late submit my assignment.
2. Project for my interactive english finally done! Just need to demonstrate.
3. Today at my college had ' jamuan raya' and as ussually, i L.O.V.E. free food.. and I eat satay, laksa, mee curry and nasik minyak.. wahh so heppy with this M.O.N.D.A.Y!

P/S: kang gary and song ji hyo also MONFAY COUPLE.. thats the main reason why i fall in love with M.O.N.D.A.Y..;P
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sabtu, 24 September 2011

MY LOVELY SWEETHEART

Mister H..
Thanks for the love..
Sangat terharu awak sudi kongsi sakit dengan saya..
Sangat terharu bila awak tuam tangan awak di kepala saya yang panas..
Sangat terharu bila awak sanggup jalan jauh semata- mata mencari menu yang saya oder..
Saya sangat bertuah dan beruntung kerana awak menyayangi saya..
Saya berjanji, saya juga akan bahagiakan awak..
Hope kita akan kekal di dunia dan akhirat..
No others, only you..
The only man in my heart..
Love you Mister H..

Ikhlas dari hati..
Maaf saya tak dapat nak luahkan dengan kata- kata..
Sebab, nanti awak gelakkan saya!
Published with Blogger-droid v1.7.4

SEMPAT KE..?

Assalamualaikum..
Achumm!! Adoi.. dah baik demam dah pun.. hehehe.. last week aku dapat pahal dari Allah s.w.t kerana demam selama 3hari.. Tengah assignment tengah berasak- asak ni la dapat pahala ye.. Kuala lumpur dikatakan berjerebu so no wonder la kenapa aku demam.. ada juga anak- anak kawan aku turut serta dengan aku.. err. Tahap antibodi aku level budak la ye..? Hehehe.. ok la.. tanpa lengah lagi, aku nak cerita tentang assingment yang menimbun and tak tahu mana satu aku nak buat dulu.. correction dah settle, islamic management tinggal conclusion dengan introduction.. ahha.. tak lupa juga pada assignment group yang bernilai 24million.. hahaha.. hope my classmate buat siang sebab malam aku kena tidur ikut time.. hadoi.. ada lagi 3 assignment.. invitation card submit monday.. puihh.. nasib baik senang.. besokla aku buat.. kepala dah fening.. hehehe..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Jumaat, 23 September 2011

K.A.C.A.U B.I.L.A.U

Assalamualaikum..
Hehehe.. sejak laptop aku rosak, bapak payah nak buat assignment.. rasa macam nak mengamuk satu dunia sebab aku tak boleh terima kenyataan yang aku tak boleh submit assigmment at the date line.. what the F.. adoi.. apek.. lu kasi cepat la bikin wa punya leppy.. wa banyak report mau bikin maa..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Ahad, 4 September 2011

KISAH RAYA

Assalamualaikum..
Hari ni tetiba je datang idea nak menulis tentang cerita raya. Cerita raya? Cerita masa raya ke? Ha ha ha.. Tidak sama sekali. Maksud aku, cerita raya ni, cerita dari kawan- kawan aku yang bercerita tentang suasana malam sebelum raya. Semua ini tercetus ketika aku dan kawan-kawan serumah aku duduk bersama berbuka puasa. Biasalah, bila dah ramai, mulut banyak perbualan makin panjang la kan. So, tanpa berlengah lagi, dipersembahkan cerita 1.
Cerita 1::
Malam sebelum raya, rumah aku memang tak tidur la. Sibuk pasang langsir, masak lemang, ketupat dengan rendang. Nak-nak lagi, aku duduk rumah nenek aku. So, memang ramai la mak-mak, pak-pak sedara aku malam tu. Memang riuh la rumah. Sepupu sepapat aku yang duduk dekat dengan rumah nenek aku pun, pakat tidur rumah nenek aku malam tu. Bila semua dah berkumpul, duk bercerita tentang diri masing-masing. Lepas tu, pagi raya tu mula la. Tak pergi sembahyang raya sebab sibuk tolong seterika baju pak-pak, mak-mak, anak-anak sedara aku. Keh keh keh. Nenek aku pula, selagi tak pergi hantar rendang dengan lemang sikit dengan jiran-jiran terdekat, selagi tu la dia tanya dah hantar belum. Macam tu la situasi raya aku tiap-tiap tahun. THE END
Wah! Meriah.
Cerita 2::
Aku, masa malam raya, sibuk matching kan baju dengan tudung, handbag dan kasut. Al-maklum la. Raya mesti nak glamor! Ha ha ha. Pasal menu besok hari, aku serah kat ibu aku je sebab aku memang tak reti masak. Malam tu juga aku buat list nak pergi beraya rumah siapa, nak bikin target berapa duit raya tahun ni. He he he. Seronoknya la raya.
Wah! $_$ eh?
Cerita 3::
Aku, bila balik kampung aku nak serbu bazaar kat kampung aku tu. Lepas tu masa hari raya nanti, aku dah plan dah dengan kawan aku nak pergi beraya kat rumah cikgu-cikgu dan kawan-kawan. Memang aku balik kampung kerja beraya rumah orang je la. Cuti seminggu pun tak cukup kot nak round rumah-rumah. Wow. Tak sabar nak jumpa kawan-kawan kat kampung.
Untung lah ada ramai kawan eh. He he he.
Cerita aku? Aku nak cerita segan. Raya aku ni, biasa-biasa je pun. He he he. Tak mengapalah. Aku cerita ye?
Cerita aku::
Tahun ni, aku balik 4 hari sebelum raya. Aku menaiki bus pada pukul 9 malam dan sampai di rumah dalam pukul 4 pagi lebih kot. Sampai je di rumah, aku bagi salam, cium tangan umi dan abi, aku letak bag, terus serbu dapur la! Ha ha ha. Aku mula kemas rumah 2 hari sebelum raya. Itu pun, tak kemas secara total. Rumah aku ni kecik je. Nak sorong yang sepah-sepah tu, tak tahu nak sumbat kat mana. Suasana pada malam raya? Situasi aku tak seperti cerita 1 yang sanak-saudaranya semua balik memeriahkan isi rumah. Rumah nenek aku, dekat tepi rumah aku je. Dan keluarga belah umi aku ni jenis duduk dekat-dekat. That's mean, semua anak beranak aku ada kat sini je. Malam raya, kerja aku tengok television je la. Pagi raya pula, pergi solat sunat raya and lepas tu pergi kubur arwah tok ki aku. Lepas dari tu, baru la pergi beraya rumah sanak-saudara yang berdekatan and rumah nenek aku. Situasi aku tak macam cerita 2. Raya ke 2 pula, aku just follow umi and abi aku beraya ke rumah Y.B. Ha ha ha. Masa ni la aku bedal satay bagai nak rak. Its FREE bebeh! And, aku hanya ada seorang je kawan terdekat di kampung aku ni. Itu pun, nak ke rumahnya ada la dalam 15-20 minit. Lagi seorang, di Marang. Dah lain daerah dah dengan aku ni. And lagi sekali, cerita aku tak macam cerita 3. Kadang-kadang, aku dengki dengan cerita 1. Kedengaran agak meriah ceritanya. Cerita 2 pula, kedengaran glamor!. Cerita 3 pula, beronok-ronok. Tapi, apa-apa pun, aku bersyukur dapat beraya dengan FAMILY tercinta. Lain orang, lain cerita kan? Ha ha ha. By the way, nanti balik kolej, ada jamuan raya pula. Perkara pertama yang aku nak serbu adalah SATAY! And housemate aku siap ajak bawa tupperware untuk tapau makanan. Keh keh keh. Jangan ingat aku tak pernah buat. Aku ni hantu makanan FREE. Ok la. Cukup la setakat ni. Bye bye.

Khamis, 1 September 2011

Isu Copy and Paste

Assalamualaikum
Sebenarnya isu copy and paste ni dah lama aku nak luahkan. Aku baru tahu yang isu ini sebenarnya agak serius kerana jika kita meng'copy and paste, segala kerja yang kita usahakan akan ditarik balik dan secara tak langsung, hasil kerja kita itu tidak bermakna. Aku sebagai student, sejak aku semester satu lagi aku merujuk internet untuk membuat assignment. Tetapi, di bahagian rujukan akan aku letakkan url web yang aku copy and paste tu. Kawan aku juga pernah bagitahu yang cara aku itu salah. Selepas copy and paste, kita kena letak di bawah ayat copy and paste itu nama sumber maklumat yang kita dapat. Dan aku sebagai blogger amatur sering juga membaca makian blogger lain jika blog mereka di copy and paste. Bagi aku, ILMU dan FAKTA tidak salah di copy and paste kerana jika tidak di copy and paste, fakta akan bercanggah. Biasalah kita manusia suka menokok tambah perisa dalam sesebuah cerita. Aku juga tidak marah dan tidak akan memaki hamun kepada sesiapa yang meng copy and paste FAKTA dan ILMU dari blog aku. ILMU dan FAKTA perlu dikongsi bersama. Dan juga, blogger pada masa kini sudah pun glamor seperti artis gitu. He he he. Blog aku hanya blog yang biasa. Aku menulis apa yang aku mahu, aku kongsi apa yang aku mahu kongsi dan cuba tidak menyinggung mana-mana pihak. Aku suka berkongsi ILMU dan FAKTA tidak kira la jika blog aku ni isunya tidak up-to-date. Cukup la sampai disini. Aku mahu mengorek kisah tentang MEERLIN. Adik aku bertanya pada aku. MERLIN ada kaitan dengan DAJJAL ke? He he he. Bila aku ingin tahu, aku akan usahakan untuk mengetahuinya. Ok la. Good night.