Khamis, 21 Februari 2013

Musim Hindustan

Assalamualaikun and salam sejahtera.

Smile please. :-).

Ni nak habaq kat u ollz, sejak aku tonton cerita hindustan Veer Zaara kat TV3 last week, dah jadi gila hindustan dah. Simpan jap K-Pop. :-P.
Sejak dah tua ni, tengok 3 Idiot 10 kali, 10 kali tu juga mata aku 'berpeluh'. :'). 1st, aku memang suka cerita yang Aamir Khan buat. Ada pengajaran and value.
Tak sabar nak tunggu sabtu ni! Nak tengok cerita Hamara Dil Aapke Pas Hai. =).

Rindu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Meh senyum dulu meh! Macam ni =) Ngeee..

Ni nak cerita. I just back to Kedah after 10 years tak pernah balik sini. Rindu sangat2 dengan kampung sini sebab aku pernah membesar kat sini sekejap.
My Abi kena transfer ke Kalabakan, Sabah when I was 7 years old. Abi dan Umi sangka kat sana sekolah macam tak ada sebab situ memang pedalaman amat. So, aku pun di transfer ke Changloon, Kedah tinggal dengan arwah Tok Wan and Tok Chah. ='). Suka + sedih.
Aku masuk darjah 2 di Sekolah Rendah Kebangsaan batu 8. Hidup dengan atuk and nenek memang hevean. Duit belanja mewah. Tok Chah aku pula tak segarang Umi aku. Kerja sekolah? Memang tak pernah siap. Haha. Tapi, Tok Chah and Tok Wan memang beratkan islamic edukesyen. Bab mengaji, memang wajib setiap hari. Haha.
Masa kecil, aku nakal sikit. Tok Wan smoking rokok daun. Aku suka buat Tok Chah solat tak khusyuk dengan menghisap rokok daun semasa dia solat jemaah dengan Tok Wan. Menejeling je Tok Chah jerkah aku. :p Haha. And, jangan la bagitahu Tok Chah about your favorite food. everyday she will cook for you! And guess what? After eating my fav food everyday, I hate 'hati ayam masak kicap'. Haha. Punya la sayang Tok Chah kat cucu dia.
Tok Chah paling sayang bunga orkednya. Everyday, she count how many orked dah kembang. Kebetulan, kucing kesayangan aku mati. Aku and Ze Cuzzy tanamkan la kucing tu and petik orked Tok Chah to make air bunga (poyo2). Petang tu, beliau pun memulakan aktiviti mengira bunga orked. After 5 minutes, beliau menjerit "Siapa petik orked akuuuuu!" Aku and Ze Cuzzy lari lintang pukang takut kena pulas telinga.
Aku tinggal dengan Tok Wan and Tok Chah tak lama sebab Tok Ki (ayah Umi) meninggal. Abi and Umi balik dari Sabah and angkut aku balik sana sekali. Di Kalabakan, memang ada sekolah. Cuma agak daif. Nanti aku cerita pasal Sabah pula ye!
Cuma aku terkilan sebab masa arwah Tok Chah meninggal, aku tak dapat balik sebab aku duduk asrama. I just got a phone call from my Umi tell me about the news. And masa arwah Tok Wan meninggal pun, aku tak dapat balik. Yang ni, aku geram sebab Umi and Abi balik tanpa inform aku. Aku call no rumah and tiada siapa yang angkat so aku call jiran dekat rumah. Rupanya, mereka balik kampung wo. =(. Kena tinggal lagi.
Masa cuti Awal Muharam, aku lawat kubur Tok Chah and Tok Wan for the 1st time. =(. Sebak tapi kena cover macho. Tak nak nangis depan lil Cuzzy. Aku baca Yassin and doakan semoga mereka berdua ditempatkan diantara orang2 yang beriman.
If I had a free time, aku sengaja lalu depan rumah Tok Chah and Tok Wan. Full of my child memory and dont know why my eyes was sweating! Haha! =').

Fly to Aussie?

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Hai ollz! Smile banyak meh =).
Nak habaq ni. Aku tersenarai dalam golongan yang dapat fly ke oversea. Seronok? Tipu la kalau aku tak seronok kan. Tapi... Aku kena fikir sedalam2nya kalau nak sambung belajar kat oversea nun. Before that, aku kena ambil exam IELTS yang berharga RM 5++. Erk! x_x Sedangkan MUET pun aku dah malas nak mati inikan pula IELTS. Tapi.. Itu bukan faktor utama. The main factor is, kalau aku 'tebeng' (paksa) nak ke oversea, aku takut aku ni tak nak balik Malaysia. Orang lain majoriti nak pergi NZ. For me, Aussie is the best among the best. Why? Sana ada kangaroo, and Koala. Malaysia ada? Ada ha kat dalam zoo. Aku ni poyo2 pecinta haiwan la. =) Nak pergi sana sambil sambung belajar, sambil mesra2 dengan haiwan sana. Ihik! XD So, hujung ceritanya aku tak bagitahu pun dekat family aku yang aku boleh sambung belajar kat oversea kecuali angah aku. Sambung dalam Malaysia je la kan. (Ayat menyedapkan hati sendiri) Sebab umur aku ni macam tak mengizinkan. Aku nak kahwin. =) Kalau umur aku muda lagi. Tak fikir panjang dah. On the spot say Y.E.S to IELTS and Aussie! Ihik! XD Lagipun, masa aku mula ambil Dip, study abroad not in my goals. Tak pernah mimpi pun ha. Tapi.. kalau u ollz muda lagi, kalau dapat peluang study abroad, pergi tau! Jangan jadi macam 'akak' ni yang tak sedar diri. =( Aku doakan semoga kawan2 aku berjaya dan membawa nama Human Resource dengan jayanya. Gambatte! Oi! Oi!

Internship

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1st, aku nak =) ni dulu. Internship. Humm. Inilah saat yang paling aku tunggu masa aku semester 1. Kenapa aku tak menyabar? Kononnya nak intern kat tempat best2. Tapi sebenarnya, dugaan nak cari tempat intern, tuhan je yang tahu. Just nak sharing dengan u ollz, pointer yang bagus belum tentu dapat tempat praktikal. Why? Purke? Aku rasa u ollz boeh agak dah kan kenapa. Without cable, cannot go anywhere. =( Itu la situasi aku sekarang. Aku student K. O. L. E. J dan perlu bersaing dengan student U yang bakal intern juga. Budak2 kelas bawah ramai yang tersengih riang sebab tempat praktikal sudah pub bereh. Majoriti budak kelas aku mengalami kepayahan mencari tempat praktikal. Sampai lect pun naik hairan kenapa budak kelas kami tak laku. Aku hantar resume ada la dalam 7 resume ke 7 company. Feedback yang aku dapat amatlah mengecewakan. Ada yang kata tak terima student college. =( Ada yang aku call, baru nak tengok resume. Ada yang janji palsu nak call balik. Ada yang aku call tak angkat langsung. =( Memang dugaan gila2. Tapi aku still berfikiran positif dengan memikir yang Allah sudah pun tahu rezki aku cuma lambat sikit je nak tahu. So at the end of Dis 2013, aku dapat juga tempat. Kat perlis. Memang aku nak tempat ni. Tapi dulu la. Sebab? Dulu merajuk dengan dia. Nak lari jauh2. Hihik. Syukur alhmadulillah, ada juga tempat even tak berkait sangat dengan bidang aku. Hope aku dapat dekan lagi tuk intern ni. Amin. =)