Khamis, 1 September 2011

Isu Copy and Paste

Assalamualaikum
Sebenarnya isu copy and paste ni dah lama aku nak luahkan. Aku baru tahu yang isu ini sebenarnya agak serius kerana jika kita meng'copy and paste, segala kerja yang kita usahakan akan ditarik balik dan secara tak langsung, hasil kerja kita itu tidak bermakna. Aku sebagai student, sejak aku semester satu lagi aku merujuk internet untuk membuat assignment. Tetapi, di bahagian rujukan akan aku letakkan url web yang aku copy and paste tu. Kawan aku juga pernah bagitahu yang cara aku itu salah. Selepas copy and paste, kita kena letak di bawah ayat copy and paste itu nama sumber maklumat yang kita dapat. Dan aku sebagai blogger amatur sering juga membaca makian blogger lain jika blog mereka di copy and paste. Bagi aku, ILMU dan FAKTA tidak salah di copy and paste kerana jika tidak di copy and paste, fakta akan bercanggah. Biasalah kita manusia suka menokok tambah perisa dalam sesebuah cerita. Aku juga tidak marah dan tidak akan memaki hamun kepada sesiapa yang meng copy and paste FAKTA dan ILMU dari blog aku. ILMU dan FAKTA perlu dikongsi bersama. Dan juga, blogger pada masa kini sudah pun glamor seperti artis gitu. He he he. Blog aku hanya blog yang biasa. Aku menulis apa yang aku mahu, aku kongsi apa yang aku mahu kongsi dan cuba tidak menyinggung mana-mana pihak. Aku suka berkongsi ILMU dan FAKTA tidak kira la jika blog aku ni isunya tidak up-to-date. Cukup la sampai disini. Aku mahu mengorek kisah tentang MEERLIN. Adik aku bertanya pada aku. MERLIN ada kaitan dengan DAJJAL ke? He he he. Bila aku ingin tahu, aku akan usahakan untuk mengetahuinya. Ok la. Good night.

Tiada ulasan: