Rabu, 26 Oktober 2011

LeeSsang

Assalamualaikum..
Hari ni aku nak share my favourite duo dari Korea. Aku kenal LeeSsang ni sejak aku menonton rancangan Running Man. Dalam Running Man, salah seorang dari duo LeeSsang iaitu Kang Gary menjadi pemain tetap di dalam rancangan tu. He~~He~~He~~. Sebenarnya, aku suka Gary. Malu pula bila buat pengakuan berani mati ni ye. Bila aku dapat tahu Gary ni penyanyi, aku buat la research and keputusannya, lagu-lagu LeeSsang ni gempak juga tapi aku naik hairan kenapa LeeSsang tak glamour macam SuJu, 2PM, B3ast dan seangkatan hallyu wave la. Jika nak dibandingkan dengan lagu-lagu kumpulan yang glamour tu, aku lebih tertarik dengan lagu LeeSsang. Macam ni la. Aku bagi example. Cuba tanya budak- budak yang suka SuJu, Boyfriend, Infinate, or mana- mana hallyu wave, first yang depa pandang apa? Aku berani kerat jari cicak yang 1st impression is R.U.P.A. LeeSsang pula, Gil and Gary ni tak la jambu macam idol lain. Mereka ni betul- betul usaha atas bakat. Bagi aku, kalau macam k-pop idol ni, tak tahan lama. Ada yang baru, peminat alih pada yang baru. Tu belum lagi k-pop idol kahwin. Memang berjuta-juta peminat kechiwa lepas tu, cari idol baru untuk diminati. Come on la. Mereka pun manusia. Biarlah mereka nak bercinta ke apa. Itu hak mereka. Kadang-kadang aku kesian tengok k-pop idol ni. Macam tak ada life. Segala benda yang nak dibuat, kena jaga hati banyak pihak. Peminat lagi, syarikat rakaman lagi, pihak media lagi. Kesian. Dan, aku banyak perhati yang k-pop idol ni sebenarnya poket mereka tak la tebal sangat. Hasil jualan album berapa persen sangat mereka dapat. Contoh la SuJu. Group member ada 13 orang. If hasil jualan album hanya 20% bahagi pula kepada 13 orang. Berapa sangat la mereka dapat. Kalau tengok dorm mereka pun, aku rasa kesian. Tak padan dengan gelaran artis glamour. Kalau tak percaya, siapa yang pernah tengok 2pm Wild Bunny, tahu la besar mana bilik ahli-ahli 2pm. Huh. Cukup la aku membebel. Lastly aku nak cakap. Even mereka artis, apa pun mereka buat, kita sebagai peminat kena bagi sokongan positif. They had their own life. If they broke your dream day, dont blame on them. Just smile and pray they will be happy always. SWAG! HA~~HA~~HA~~ 

Tiada ulasan: