Selasa, 15 November 2011

saja merepek

Assalamualaikum.

Apa khabar? (Aku takut nak bertanya khabar sebab mungkin blog aku ni tak ada siapa pun nak baca) Besok aku ada exam dan macam biasa, last paper membuatkan aku malas nak mentelaah nota sebab semangat nak balik kampung membuak-buak di dalam jiwa. Aku bingung tak tahu nak balik mana. Sama ada T atau K. Tapi hati kecil ku meronta-ronta nak balik ke K sebab last ak balik sana semasa aku form 4. Selepas tok chah dan tok wan dah tak ada, ayah aku ada balik sana tapi dia balik seorang je. Masa tok chah dan tok wan meninggal, aku tak dapat menghadirkan diri ke majlis pengebumian mereka sebab aku sekolah asrama dan sekolah aku tu menyimpang jauh nak ke K dan ayah aku buat keputusan meninggalkan aku di sekolah sahaja. Agak terkilan sebab aku je yang tak ada. So, aku nak balik nak pergi melawat kubur, nak tengok rumah tok chah dan tok wan. Mereka pernah membesarkan aku selama setahun sebab ayah aku terpaksa bertukar ke Sabah. Lagi sekali aku nak taip, aku agak terkilan aku tak ada masa majlis pengebumian. Bila aku teringat tok chah dan tok wan, aku berharap yang aku dan pasangan aku pun akan menjadi seperti mereka. Even mereka selalu bertekak mulut, bila tok chah aku sakit, tok wan yang menjaga dia even tok wan aku tu badan lumpuh sebelah. Bila aku tanya, kenapa susah-susah jaga tok chah sebab cucu-cucu ada dia menjawab " masa aku sakit dulu, dia duk jaga aku. La ni, aku nak jaga dia balik". Aku terharu dengar tok wan aku yang tak romantik tu cakap macam tu. Bila tok chah meninggal, tok wan tak nak tinggal dengan pakngah. Dia nak duduk rumah lama dia sebab dia rindu dengan tok chah. (rumah tok wan dengan rumah pak ngah aku satu kampung je. So, pakngah aku pun dengan berat hati bagi la dia duduk rumah lama dia tu. Tak lama lepas tok chah aku meninggal, tok wan pun meninggal. Humm.. Rasa macam baru semalam tok chah aku membebel-bebel dekat aku, suruh aku mandi, solat, makan dan macam- macam lagilah. Selagi tak buat macam dia suruh, membebel la dia. Hehehe. Tok wan pula, malam-malam bila nak tidur mesti dia bertekak dengan tok chah. Bukan bertekak gaduh bertekak lawak. Hahaha. I wish I can go back to the old time and being a good grandaughter to them. Pada kamu semua, yang masih ada nenek, atok, opah, sementara mereka masih ada ni la jadilah cucu yang baik. Mungkin ada yang tak reti nak layan nenek dan atuk sebab mereka dah tua dan kita pula orang muda, tak perlu la beli macam-macam. Just volunteer urut badan ke, urut kaki ke, jadi la. Buat mereka terasa dihargai. Tok wang, (nenek belah mak aku) saya janji saya akan jadi cucu yang baik. Saya tak nakal- nakal dah. Hehehe. Oh ya. Aku nak telefon ayah nak beritahu yang aku nak balik ke K.

Tiada ulasan: