Ahad, 22 Januari 2012

Jalan- Jalan Cari Makan versi aku

Assalamualaikum..
Hari ni adalah hari yang menyemakkan perut. Bangun pagi, aku mula mencari makanan di dapur. Aku belasah nasi goreng yang digoreng oleh mak aku. Harganya pula, hanyalah FREE. =)Kemudian pada pukul 11.45 aku sekeluarga bergerak ke rumah kawan mak aku yang tak jauh dari rumah aku ni. Ada kenduri dan lauk yang ada, ayam masak merah (tapi kuah dia hitam tapi, tak rasa kicap pon) daging gulai, acar timun, dan sambal belacan. Harnya pula hanyalah FREE. =) Mak aku kata, pengantin lelaki tu orang acheh. So, aku sempat la tengok rombongan pengantin lelaki sampai dan aku sempat melihat culture orang acheh. Rugi pula tak bawa kamera. Aku suka melihat pakaian mereka. Mereka betul- betul meraikan majlis perkahwinan sebab aku lihat pakaian mereka sangat, sangat, cantik. Simple and marvellous. Teringin nak sapa dan membuat ramah tetapi aku malu. Lepas makan kenduri, kami mula bergerak ke Taman Tamadun Islam. Tak sangka pula Tuanku Sultan Mizan pun ada kat situ maybe Tuanku ada ceremony dan masa aku terserempak dengan Tuanku adalah masa aku nak solat. Baru je pakai telekung, Tuanku lalu. =) first time tengok Tuanku secara live. Lepas solat, cadang nak naik TTI river cruise tapi bot akan jalan pada 4.15 sedangkan jam pada masa tu pukul 2.45. Kami melepak di tepi sungai itu sambil makan ais krim yang di sponsor oleh Cik Kiah a.k.a my umi. Tak lama lepas tu, mula la misi mencari warung Pok Nong Yang masuk JJCM last week. Cari punya cari, jumpa warung Pok Long je. So, takde hal la. Makan benda yang sama juga. Maka mula la sesi layan diri dan keputusannya adalah, 5 pinggan sotong goreng celop tepung, 6 gelas air kelapa, 1 jeli kelapa, 1 ekor ketam goreng celop tepung, 2 mangkuk ABC, 4 batang kerepok lekor, 7 ekor ikan celup tepung and ikan pari goreng sepotong. =) So yummy and fresh la. Harganya pula tak dapat di sca kerana di sponsor oleh Cik Pomen a.k.a abi! Terima kaseh dengan makanan yang sedap- sedap. Saya janji akan jadi pelajar yang baik dan anak yang solehah. I ♥ my F.A.M.I.L.Y

Tiada ulasan: