Sabtu, 21 Januari 2012

my experience

Semasa pertama kali aku bersekolah di Kalabakan, Sabah, aku rasa takut sangat. Aku tiada seorang kawan langsung kawan untuk menemani aku. Selepas daftar, ayahku meninggalkan aku untuk pergi kerja dan  aku pula menangis sambil memeluk tiang sebab aku disapa oleh budak Sabah yang macam gangster tapi baik. Akhirnya budak tadi pujuk aku dan masuk ke kelas.  Aku berpindah ke situ pada bulan 9 atau 10 semasa aku Darjah 2. Sebenarnya, ayahku posting ke Sabah awal tahun tetapi tempat kerjanya pedalaman, ayahku sangka di sana mungkin tiada sekolah tetapi di sana ada je sekolah rendah. Jadi, aku bersekolah di Kedah dan tinggal dengan nenek dan atuk belah ayahku. Tak lama kemudian, tok ki iaitu ayah kepada ibuku meninggal dan ayah dan ibu pulang ke Semenanjung dan membawa aku ke Sabah. Pengalaman pertama naik flight, aku mengaku yang aku macam orang jakun sikit sebab gelabah masa flight berlepas. Nanti la aku ceritakan. Sekolah aku di sana agak jauh dengan rumah. Perjalanannya ambil masa dalam 20-30minit. Jalan di sana bukan jalan tar dan bas sekolah selalu rosak dan aku selalu naik Hilux yang tak berbumbubg di belakang. Kalau pagi tu, jangan cakap la sejuknya. Sampai ke tulang sum-sum kot. First time aku pergi sekolah bangunan berkayu dan first time aku sekolah sesi petang. Rupanya, dalam kelas aku ramai juga orang Semenanjung. Merrka semua menghadapi situasi yang sama seperti aku iaitu ikut ayah berpindah. Cikgu-cikgu di sana baik dan orang sana semuanya ramah. Tak segan menegur budak baru.  Kantin sekolah tu agak kecil dan aku tak pernah dapat kerusi untuk duduk dan makan di kantin. Meja dan kerusi yang ada mungkin untuk cikgu sahaja kerana aku tidak pernah nampak student makan di kantin. Kemudahan tandas di sekolah tu agak menyedihkan sebab tiada air. Kalau nak melepas, kena tadah air dalam baldi la. Tangki air agak jauh dengan tandas. Tandas sekolah tu banyak emas yang tak di basuh. Time waktu rehat, jika ada masa lagi aku suka masuk kebawah kolong kelas. Mencari duit atau barang yang jatuh ke bawah. Kelas pula, di sana kasut tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas. Kami menyusun kasut di luar kelas dan ada juga budak Sabah tak memakai kasut ke sekolah. Berkaki ayam perkara biasa di sana. Di situ juga first time aku berkawan dengan budak yang beragama Christian. Aku yang mentah tak tahu apa-apa dengar je cerita mereka tentang gereja mereka dan mengajak ku kesana. Aiu menceritakan kepada ibuku dan ibu menasihati aku supaya jangan bergaul sangat dengan mereka dan jangan makan makanan yang mereka bawa. Aku masih berkawan dengan mereka malah aku selalu berehat bersama puak mereka. Aku mudah berkawan dan terus terang aku katakan, orang Sabah lagi ramah berbanding orang kita. Kawan- kawan perempuan aku majoriti orang Sabah. Tahap kesedaran tentang pelajaran di sana agak rendah. Ada seorang kawan aku selalu memberi alasan api tak ada untuk menyiapkan kerja sekolah dan cikgu tak boleh nak kata apa dah sebab mereka degil sangat. Cikgu yang mengajar pula tak ramai. Satu cikgu mengajar dua mata pelajaran. Guru kelas aku mengajar bahasa melayu dan matematik. Buku teks pula, tak mencukupi dan ada yang tak dapat langsung. Jadi pihak sekolah menjadikan buku latihan yang selalu kita buat latihan latih tubi sebagai pengganti buku teks. Walaupun di sana banyak kekurangan, tapi aku tak pernah rasa kurang malah lebih bagus keadaan di sana berbanding di Semenanjung. Kalau bantuan air kotak tu, sorang dapat 5-6 kotak. Tapi sayang aku bersekolah di situ hanya sehingga aku darjah 3. Ketika aku darjah 4-6, aku pindah ke sekolah rendah fajar harapan, lahad datu. So far, even kemudahan di sana tak semewah di semenanjung, aku masih merundui suasana di sana. Kekurangan mengajar kita erti penghargaan.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tiada ulasan: