Sabtu, 16 Julai 2011

Di Mana Nak Habiskan Masa?

Assalamualaikum.. Anyeong!

Sejak dah mula kelas ni, gap pulak sampai 2-3 jam. Tapi kes aku tak berat macam budak course lain. Ada yang gap sampai 5 jam. Oleh kerana jarak masa yang agak membuat kita jadi lemau, kawan-kawan aku telah pun mengeluarkan idea dengan pergi membuang masa di AXIS mall. Pergi balik naik tren ada la dalam RM1.40 lesap. Apa yang ada di situ? Tidak la pula aku ketahui. Sebab pernah nampak je tak pernah pun jejak kaki di situ. Nak ke Time Square pula, amatlah jauh. Silap hari bulan, tak ke kelas la jawabnya. Dekat dengan kolej aku ni, ada satu Square on the way nak siap. Maybe lepas raya kot siap. Lepas ni, asal gap je M-Square. Asal hujung minggu je, M-Square. Maklum la. Jalan kaki sambil bernyanyi pun dah sampai. Cita-cita aku pulak, kalau ada cinema buka di situ, teringin juga aku nak buat partime. Nak tambah duit poket sikit. Bagi aku, pengalaman bekerja tu yang penting sebab semua kerja cara mengendalikannya berbeza.

Ok la. Malas nak taip panjang-panjang. Nanti digelar 'syok sendiripula. KBai.

Tiada ulasan: